October 27, 2013

Cerita semalam.

Assalamualaikum.

Selamat hari ahad. Hari untuk berehat. Ahhh. Bestnyaaaa. Takde motif pun nak bercerita hari ni. Saje je gatal tangan pulak nak taip2 ni. Hehe.

Semalam keluar dengan cik sylvia augustine! My housemate, my roommate yang tak pernah stop potpet sepanjang kami keluar. Dan, dan, dan suka sangat nak kacau orang. Hehehe. Aduhaii. Tapi ni mungkin pertama dan terakhir kitorang keluar. Hummm.

I'm gonna miss her soon. Kenapa lah orang yang aku selesa bersama ni singgah kejap je dalam hidup aku. Haihh. Sylvia sekarang sedang praktikal kat hospital tentera dekat dengan rumah kami ni. Bulan 11 ni dia dah habis praktikal. So, hummm. Dia akan balik shah alam semula. Sedihnyaaa :'(

Takpelah. Jom korang cuci mata tengok gambar2 annoying kitorang. Sila jangan muntah yeee.......... :p

October 23, 2013

Cerita sedih malam ini.

Assalamualaikum.

Hai! Hehe. Sedih tak title? Heee. Tak boleh sedih lagi ke?? HAHAHA. Aduhai.

Aku pun dah tak tahu kenapa dengan aku ni. Biul agaknya. Hummm. Tadi dia mintak dengan aku something. Hehe. Ayat dia, "saya nak minta jasa baik sayang, jangan post apa2 yang ada kena mengena dengan saya." haha. Okey. Sebak kejap.

Jangan risau. Aku tak lupa daratan. Aku sentiasa ingat aku siapa. Menumpang orang. Menumpang kasih orang. Menumpang orang punya. HAHA. Jangan risau. Aku masih lagi ingat ape ayat dia kat aku lebih kurang 2 tahun yang lepas. 'Jangan ganggu hubungan saya.' jangan risau. Benda2 tu semua tersemat kemas kat dalam kepala aku. Aku takkan buat. Even kalau aku nak mati dah sekalipun.

Aku tak bodoh benda2 macam tu. Yang aku bodoh sebab sayangkan barang orang. Sayangkan orang punya. Yelah. Macam yang dia cakap semalam, aku pun sentuh barang orang, nak lebih2 marah orang sentuh barang aku. Hahaha. Shame on you syafika! But don't worry. Aku masih waras.

Andai kata dia tiba masa dia tinggalkan aku nanti pun, aku akan tinggalkan segalanya. Aku nak hidup dalam kenangan yang tinggal masa aku dengan dia. Gambar2 dia, gambar2 kami, aku takkan tunjuk kat mana2 dah. Even wechat skali pun. Aku tahu aku salah. Cukup lah. Cukuplah aku menangis sebab benda2 ni malam ni. Maafkan aku.

October 13, 2013

Hello Kemaman.

Assalamualaikum.

Ouh Hello Kemaman! Rasanya macam dah lama tak balik. Padahal baru je ke KL sebulan yang lalu. Hehehe.

Bangun pagi tadi abah kacau tidur. Dia buka semua tingkap kat bilik, buka langsir bagi aku kena cahaya matahari. Pastu dia gelak. Hehe. Aku dengar suara mia tanya, "abah, kakak ke tu abah? Kakak ke tu?" hehe. Tapi aku tak larat nak bangun lagi masa tu. Maaf ya adikku sayang. Dalam pukul 9pagi macam tu aku bangun. Bangun je mia datang kat aku. Aku jerit la panggil mia. Dia pun berlari datang peluk aku. Ahhhh! Rindunyaaaaa!!! Hehehe. Sepanjang pagi layan dia. Dan sekarang dia tengah tidur. Boring pulak aih. Lagipun aku kena jadi driver macam biasa. Ambil adik-adik balik sekolah. Hehe. Now nak keluar lagi. Adoiii. Panasnya kemaman!!

To be continued....

October 10, 2013

Another great moment.

Assalamualaikum.

Another great moment with him :) thanks sayang for everything.

Entahlah kenapa dengan diri ni. Rasa macam dah terkena 'manderem' je ni. Hahaha. Setiap kali aku cuba nak lupakan dia, nak jauhkan diri ni daripada dia, aku makin sayang dia. Dan sekarang, aku dah tinggalkan semuanya untuk dia. Biarlah. Berapa lama lagi masa yang aku ada dengan dia pun, aku dah tak peduli. Yang pasti, aku cuma nak gembira dan bahagia dengan dia.

Dari semalam lagi aku duk senyum sorang-sorang setiap kali teringat. Aku minta dia buat something, dan dia cakap, "Panggil saya abang dulu." dan sudah automatiknya, aku senyum lebar selebar-lebar senyuman Si Joker dalam cerita Batman tu. Hehehe. Nak sebut tapi tak tersebut abang tu. Dan akhirnya, berjaya jugak! Hahaha. Muka dah rasa tebal semacam. Lol! Nasib baik masa tu dah golap gulita. Confirm dia tak nampak kan. Hehe.

Dan tadi kitorang sama-sama jadi 'batman'! Wooo. Hebat dok?? Hahaha. Sebenarnya, sama-sama pakai t shirt batman. Lols! Mesti ada orang cakap sakai. Tapi, biarlah! Aku punya suka lah. Aku memang suka pun buat benda2 sakai dengan dia. Hehehe. Batman lah sangat kan hari ni. Tapi apa yang tak best, kitorang takde ambil gambar pun pakai baju sama. Huwaaaa. Bukan senang taw! Haha.

Dan tadi aku ada bertanya pasal girlfriendssss di kan. Empat S untuk empat orang! Hahaha. Maju tak dia??? Hahaha. Sebelum ni aku pernah tanya, girlfriendsss dia semua tu takde boyfriend ke? Then dia jawab, "Sorang ada boyfriend, sorang takde dan yang ni pun takde. Cuma ramai kawan je" erkkk. Yang ni tu aku lah tu. Hehe. Ayat ramai kawan tu perli habis. Hehe. Takpelah. Cerita lama tu. Then dalam sehari dua ni aku terfikir, 'kenapa dia nak tinggalkan aku kalau aku ada boyfriend dan kenapa dia stay dengan perempuan tu lagi walaupun dia dah ada boyfriend.' Emmm. At last, aku tanya je soalan tu tadi. Dan katanya dia dah stop. Sebab perempuan tu dah nak kawin. Terus zaaaassss dalam kepala aku, ouhh nak kawin baru stop semuanya. Then dia tanya la kenapa aku tanya macam tu. Aku cakap takde pape. Saje je nak tahu. Hummm

Then katanya lagi, "kalau sayang dah ada komitmen lain, bagi tahu saya. So saya akan undur diri." aku pandang dia dan cakap, "saya taknak ada komitmen lain" dia pandang aku balik dan cakap, "sayang pun ada life sayang sendiri kan?" dan sepantas kilat otak bagi jawapan, "sayang tahu life saya dengan siapa sekarang kan?" hehe. Then dia diam dan hantar aku balik rumah je.

For you my mr perfect, saya dah tinggalkan semua benda untuk awak. Saya dah banyak sangat berubah sebab awak. Dan sekarang, saya masih lagi dalam proses berubah. Tolong lah beri saya masa untuk berubah. Dan tolonglah jadi sumber inspirasi saya untuk berubah. Saya sayangkan awak sorang je. Saya dah tak perlukan orang lain pun. Cukuplah saya jadi jahat selama ni. Sebab life saya suatu masa dulu, sekarang dan dengan harapan moga esok pun, saya ada awak. Dan sekarang, cuma awak. Saya sayangkan awak, a.n.a.

To be continued...

October 07, 2013

Webcam.

Assalamualaikum. Selamat petang! Hehe

Kenapa hari Isnin gap lama gila?? Haihh. Bosan lah tunggu. Hari ni nasib baik kawan2 semua tak balik lagi. Kalau tak memang forever alone la kan T.T

Bila melepak ni mulalah buat kerja-kerja tak berfaedah aku kan. Hehehe. Snap pictures!! Bukan senang nak lepak ramai-ramai sekarang. Masing-masing dah tak sama kelas. Lagi satu, rumah dorang pun dekat je. Bila gap lama sikit dorang balik rumah je. Memang forever alone!

Dah tengok-tengok balik gambar yang aku dah snap tu, tiba-tiba nampak gambar dia yang aku print screen semalam. Hehehe. Selama tiga tahun lebih kenal ni, kitorang tak pernah berwebcam kot. Dari Tagged, ke YM, ke phone. Tapi sekali pun tak pernah webcam. Yang kitorang buat, share-share gambar je. Tapi semalam, pertama kali kot webcam lepas dah tiga tahun lebih kenal. Hehehe.

Dan aku pun apa lagi, screenshot la muka dia. Hehehe. Tengah syok online tiba-tiba ada wechat video call. Ingatkan umi yang call sebab sebelum tu memang banyak kali call umi sebab nak cakap dengan mia. Tengok nama, erkkk. Terkejut jugak lah! Hehehe. Ragu-ragu je nak angkat. Macam tak percaya pulak yang dia video call. Hehe

Aku screenshot jugak 5, 6 keping gambar. Mana tahu tu first and last dia video call aku ke. Hehehe. Aduhh. Sekarang rindu dia pulak. Alahai. Tak sabar nak jumpa nanti. Tak tahu lah kenapa sejak-sejak ni rindu sangat kat dia walaupun hari-hari jumpa.

Kadang-kadang terfikir macam mana hidup aku tanpa dia nanti. Tapi takpelah. Aku nak lupakan tu semua. Apa yang aku nak, enjoy hidup aku dengan dia selagi dia masih ada dengan aku. Kenapa aku sayang dia? Entahlah. Tanya sama hati.

Terima kasih Allah sebab bagi aku peluang untuk dapat rasa bahagia dengan lelaki yang aku sayang. Saya sayang awak sangat, pandalicious!

To be continued...

October 05, 2013

Dan ku tinggalkan semua ini. Dan ku melangkah pergi...

Assalamualaikum.

Akhirnya dapat bukak blog dekat phone ni. Yeahhh! Too good. Boleh lah update semua benda yang mengarut2 lagi lepas ni. Hehe.

Dan pasal tajuk tu, rasanya ada yang boleh faham kot. Aku rasa dah sampai masa untuk aku tinggalkan semua benda. Dan sekarang, aku cuma tunggu semua benda pulak yang tinggalkan aku. Hehe.

Aku harap aku takkan hilang dia sampai bila2. Yang aku ada sekarang, cuma dia. Aku pun seolah2 dah serahkan seluruh diri aku untuk dia. Jiwa dan raga aku, aku dah serahkan 100% untuk dia. Aku dah malas nak fikir ape2 lagi untuk dia.

Dan apa yang aku mampu buat, minta Allah jaga rasa hati ni. Moga sentiasa mekar untuk dia seorang untuk selamanya. Amin.

To be continued....

October 03, 2013

Meet my blog back!

Assalamualaikum.

OMG!!! Got my blog back! Aduhai.... Thanks ya Allah. Alhamdulillah. Finally, jumpa tempat melepas segala rasa ni semula :)

Terlalu banyak benda yang berlaku sekarang. Aku yang sekarang rasanya bukan yang dulu lagi. Cengeng, masih sama macam dulu. Hehehe. Tu memang dah tak boleh nak ubah lagi kot.

Dan paling penting, aku dah ada life yang jauh lebih bahagia. Walaupun bahagia, masih juga merana la kot. Hahaha. Susah.... Sebab hati ni dah mula sayangkan seseorang. Lelaki kedua yang terbaik selepas ki. Ahh! Terlalu banyak cerita kot.....

To be continued....