November 26, 2013

Happy Birthday sayang!

Assalamualaikum.

Its 26 November 2013. Happy 23rd birthday sayangku.

Banyak benda yang aku dah rancang untuk dia. Banyak benda yang kononnya surprise untuk dia. Tapi... Haha. Pernah ke selama ni benda yang aku rancag menjadi? Pernah ke selama ni benda yang selalu aku nak tu aku dapat? Sama juga keadaannya kali ni. So, walaupun kecewa, aku dah simpan sikit rasa tu awal2 lagi. Supaya bila aku kecewa ni aku takdelah tersungkur terus. Haha.

Sebab apa yang aku harap tak jadi, aku berharap lagi yang dia boleh jumpa aku semalam. Kejap pun jadilah. Aku nak jadi orang pertama yang wish birthday dia face to face. Tapi... Pun sama. Haha. Aku memang tak ada rezeki untuk buat apa yang aku harap. Semalam dia keluar minum lepak dengan kawan2 katanya. Entahlah. Malas nak fikir pape. Masa dia bagitahu, rasa kecewa tu makin melebih2. Sampai aku menangis. Haha. Takpelah. Biar je lah. Aku dah biasa pun. So tepat kul 12 semalam aku copy paste mesej yang aku dah karang 2, 3 hari lepas. Aku pun tak pasti bila. Dan katanya aku orang pertama yang wish. Pun entahlah. Biar je lah. Serius aku dah takde mood. Tapi yelah. Hati aku ni lembut sangat kot. So, dia mula berharap lagi sekali. Harap dapat jumpa dia hari ni.

Atleast, dapat juga sama2 dengan dia masa birthday dia. So aku gigihkan juga siapkan hadiah dia. Sampai 4pagi kot, aku dah tak tahan sebab sakit pinggang. Haha. So aku masuk tidur. Masih lagi dengan harapan dapat jumpa esok (hari ni). Dan pagi tadi pun aku bangun awal sebab terjaga ada mesej masuk. And, terus tak tidur sampai sekarang. Aku bangun siapkan selebihnya yang tak dapat nak siapkan semalam. Gigih juga. Konon lah dia ada sebut nak datang ke apa ke. Hahaha. Aduhai hati.

Then, dia keluar sebab abah dia minta g kedai. Balik tu katanya nak pergi bank nak keluarkan duit dan beli phone baru sebab phone dia rosak. Okey. Aku okey kan je. Balik dari tu katanya nak keluar makan dengan kawan. Okey. Then mula lah dia reply mesej aku setiap setengah jam sekali. Ni kali kedua la keluar dengan kawan dan reply macam tu. Entahlah... Dalam kepala aku fikir lain. Is it kawan or 'kawan'? I don't know. Aku dah malas nak amik tahu lagi. Then keluar lagi pergi rumah pakcik nak hantar barang. Sampailah sekarang :') 5.45pm. Dia reply mesej aku pun lambat2 je. So biarlah. Aku pun dah rosakkan apa yang aku dah buat dari hari tu lagi.

Biarlah. Aku dah tak ada mood dah. Nanti kalau ada masa jumpa, aku just bagi je. Dah tak ada rasa seronok lagi dah. Apa yang aku rasa sekarang, aku nak buang je benda2 tu semua. Serius aku dah takde mood. Haha.

Okeylah. Nak take a nap. Serabut lah. Bye.

November 24, 2013

Cerita duka

Kenapa setiap benda yang aku rancang tak pernah menjadi? Kenapa setiap benda yang aku nak sangat terjadi takkan terjadi? Malang sangat kot nasib seorang syafika ni.

Rasa terlalu teruja untuk buat sesuatu dekat orang yang aku sayang, mesti akhir macam ni. Ya, aku terlalu teruja bila libatkan orang yang aku sayang. Dan rasanya kerana rasa yang terlalu teruja ni lah yang buat aku jadi macam ni.

Terlalu banyak benda yang aku nak buat untuk dia malam ni. Terlalu banyak kata2 yang aku karang dan hafal sejak semalam lagi tak sempat aku tujukan kat dia. Terlalu banyak benda aku nak buat malam ni yang tak mampu aku buat.

Takde rezeki. Ya.. Aku tak pernah ada rezeki untuk buat apa yang aku teringin sangat nak buat. Aku tak pernah ada peluang untuk bagitahu ape yang aku teringin sangat orang yang aku sayang dengar dari aku sendiri.

Dulu tak berani. Sekarang tak berpeluang. Ya... Aku tak ada rezeki untuk buat semua tu.

Kan memang dah cakap dari dulu lagi. Takkan ada siapa pun tahan dengan perangai aku. Dan betullah kata dia tadi, aku perempuan yang tak kenang budi! Yes! Perangai teruk! Siapa boleh tahan?

Takpelah... Aku takkan ada rezeki untuk buat ape2 yang aku mahu. Cukuplah. Aku dah penat. Penat merancang....

November 01, 2013

Mediviron Medical Checkup

Assalamualaikum.

Temankan si demok tu buat medical checkup. Kemain susah lagi kalau nak buat ape2 pasal kesihatan ye. Kalau tang kereta sayang dia laju aje ye. Aduhai syg.

Tadi pun dia cakap, dia taknak buat medical checkup sebab dia tak apa2. Okeyyy. Lepas ni dah tak suruh buat ape2 dah. Maafin. Siapa pulak saya ni nak mintak awak buat itu ini kan sayang?

Ouh ya, kata nya harga untuk medical checkup ni RM120.

October 27, 2013

Cerita semalam.

Assalamualaikum.

Selamat hari ahad. Hari untuk berehat. Ahhh. Bestnyaaaa. Takde motif pun nak bercerita hari ni. Saje je gatal tangan pulak nak taip2 ni. Hehe.

Semalam keluar dengan cik sylvia augustine! My housemate, my roommate yang tak pernah stop potpet sepanjang kami keluar. Dan, dan, dan suka sangat nak kacau orang. Hehehe. Aduhaii. Tapi ni mungkin pertama dan terakhir kitorang keluar. Hummm.

I'm gonna miss her soon. Kenapa lah orang yang aku selesa bersama ni singgah kejap je dalam hidup aku. Haihh. Sylvia sekarang sedang praktikal kat hospital tentera dekat dengan rumah kami ni. Bulan 11 ni dia dah habis praktikal. So, hummm. Dia akan balik shah alam semula. Sedihnyaaa :'(

Takpelah. Jom korang cuci mata tengok gambar2 annoying kitorang. Sila jangan muntah yeee.......... :p

October 23, 2013

Cerita sedih malam ini.

Assalamualaikum.

Hai! Hehe. Sedih tak title? Heee. Tak boleh sedih lagi ke?? HAHAHA. Aduhai.

Aku pun dah tak tahu kenapa dengan aku ni. Biul agaknya. Hummm. Tadi dia mintak dengan aku something. Hehe. Ayat dia, "saya nak minta jasa baik sayang, jangan post apa2 yang ada kena mengena dengan saya." haha. Okey. Sebak kejap.

Jangan risau. Aku tak lupa daratan. Aku sentiasa ingat aku siapa. Menumpang orang. Menumpang kasih orang. Menumpang orang punya. HAHA. Jangan risau. Aku masih lagi ingat ape ayat dia kat aku lebih kurang 2 tahun yang lepas. 'Jangan ganggu hubungan saya.' jangan risau. Benda2 tu semua tersemat kemas kat dalam kepala aku. Aku takkan buat. Even kalau aku nak mati dah sekalipun.

Aku tak bodoh benda2 macam tu. Yang aku bodoh sebab sayangkan barang orang. Sayangkan orang punya. Yelah. Macam yang dia cakap semalam, aku pun sentuh barang orang, nak lebih2 marah orang sentuh barang aku. Hahaha. Shame on you syafika! But don't worry. Aku masih waras.

Andai kata dia tiba masa dia tinggalkan aku nanti pun, aku akan tinggalkan segalanya. Aku nak hidup dalam kenangan yang tinggal masa aku dengan dia. Gambar2 dia, gambar2 kami, aku takkan tunjuk kat mana2 dah. Even wechat skali pun. Aku tahu aku salah. Cukup lah. Cukuplah aku menangis sebab benda2 ni malam ni. Maafkan aku.

October 13, 2013

Hello Kemaman.

Assalamualaikum.

Ouh Hello Kemaman! Rasanya macam dah lama tak balik. Padahal baru je ke KL sebulan yang lalu. Hehehe.

Bangun pagi tadi abah kacau tidur. Dia buka semua tingkap kat bilik, buka langsir bagi aku kena cahaya matahari. Pastu dia gelak. Hehe. Aku dengar suara mia tanya, "abah, kakak ke tu abah? Kakak ke tu?" hehe. Tapi aku tak larat nak bangun lagi masa tu. Maaf ya adikku sayang. Dalam pukul 9pagi macam tu aku bangun. Bangun je mia datang kat aku. Aku jerit la panggil mia. Dia pun berlari datang peluk aku. Ahhhh! Rindunyaaaaa!!! Hehehe. Sepanjang pagi layan dia. Dan sekarang dia tengah tidur. Boring pulak aih. Lagipun aku kena jadi driver macam biasa. Ambil adik-adik balik sekolah. Hehe. Now nak keluar lagi. Adoiii. Panasnya kemaman!!

To be continued....

October 10, 2013

Another great moment.

Assalamualaikum.

Another great moment with him :) thanks sayang for everything.

Entahlah kenapa dengan diri ni. Rasa macam dah terkena 'manderem' je ni. Hahaha. Setiap kali aku cuba nak lupakan dia, nak jauhkan diri ni daripada dia, aku makin sayang dia. Dan sekarang, aku dah tinggalkan semuanya untuk dia. Biarlah. Berapa lama lagi masa yang aku ada dengan dia pun, aku dah tak peduli. Yang pasti, aku cuma nak gembira dan bahagia dengan dia.

Dari semalam lagi aku duk senyum sorang-sorang setiap kali teringat. Aku minta dia buat something, dan dia cakap, "Panggil saya abang dulu." dan sudah automatiknya, aku senyum lebar selebar-lebar senyuman Si Joker dalam cerita Batman tu. Hehehe. Nak sebut tapi tak tersebut abang tu. Dan akhirnya, berjaya jugak! Hahaha. Muka dah rasa tebal semacam. Lol! Nasib baik masa tu dah golap gulita. Confirm dia tak nampak kan. Hehe.

Dan tadi kitorang sama-sama jadi 'batman'! Wooo. Hebat dok?? Hahaha. Sebenarnya, sama-sama pakai t shirt batman. Lols! Mesti ada orang cakap sakai. Tapi, biarlah! Aku punya suka lah. Aku memang suka pun buat benda2 sakai dengan dia. Hehehe. Batman lah sangat kan hari ni. Tapi apa yang tak best, kitorang takde ambil gambar pun pakai baju sama. Huwaaaa. Bukan senang taw! Haha.

Dan tadi aku ada bertanya pasal girlfriendssss di kan. Empat S untuk empat orang! Hahaha. Maju tak dia??? Hahaha. Sebelum ni aku pernah tanya, girlfriendsss dia semua tu takde boyfriend ke? Then dia jawab, "Sorang ada boyfriend, sorang takde dan yang ni pun takde. Cuma ramai kawan je" erkkk. Yang ni tu aku lah tu. Hehe. Ayat ramai kawan tu perli habis. Hehe. Takpelah. Cerita lama tu. Then dalam sehari dua ni aku terfikir, 'kenapa dia nak tinggalkan aku kalau aku ada boyfriend dan kenapa dia stay dengan perempuan tu lagi walaupun dia dah ada boyfriend.' Emmm. At last, aku tanya je soalan tu tadi. Dan katanya dia dah stop. Sebab perempuan tu dah nak kawin. Terus zaaaassss dalam kepala aku, ouhh nak kawin baru stop semuanya. Then dia tanya la kenapa aku tanya macam tu. Aku cakap takde pape. Saje je nak tahu. Hummm

Then katanya lagi, "kalau sayang dah ada komitmen lain, bagi tahu saya. So saya akan undur diri." aku pandang dia dan cakap, "saya taknak ada komitmen lain" dia pandang aku balik dan cakap, "sayang pun ada life sayang sendiri kan?" dan sepantas kilat otak bagi jawapan, "sayang tahu life saya dengan siapa sekarang kan?" hehe. Then dia diam dan hantar aku balik rumah je.

For you my mr perfect, saya dah tinggalkan semua benda untuk awak. Saya dah banyak sangat berubah sebab awak. Dan sekarang, saya masih lagi dalam proses berubah. Tolong lah beri saya masa untuk berubah. Dan tolonglah jadi sumber inspirasi saya untuk berubah. Saya sayangkan awak sorang je. Saya dah tak perlukan orang lain pun. Cukuplah saya jadi jahat selama ni. Sebab life saya suatu masa dulu, sekarang dan dengan harapan moga esok pun, saya ada awak. Dan sekarang, cuma awak. Saya sayangkan awak, a.n.a.

To be continued...

October 07, 2013

Webcam.

Assalamualaikum. Selamat petang! Hehe

Kenapa hari Isnin gap lama gila?? Haihh. Bosan lah tunggu. Hari ni nasib baik kawan2 semua tak balik lagi. Kalau tak memang forever alone la kan T.T

Bila melepak ni mulalah buat kerja-kerja tak berfaedah aku kan. Hehehe. Snap pictures!! Bukan senang nak lepak ramai-ramai sekarang. Masing-masing dah tak sama kelas. Lagi satu, rumah dorang pun dekat je. Bila gap lama sikit dorang balik rumah je. Memang forever alone!

Dah tengok-tengok balik gambar yang aku dah snap tu, tiba-tiba nampak gambar dia yang aku print screen semalam. Hehehe. Selama tiga tahun lebih kenal ni, kitorang tak pernah berwebcam kot. Dari Tagged, ke YM, ke phone. Tapi sekali pun tak pernah webcam. Yang kitorang buat, share-share gambar je. Tapi semalam, pertama kali kot webcam lepas dah tiga tahun lebih kenal. Hehehe.

Dan aku pun apa lagi, screenshot la muka dia. Hehehe. Tengah syok online tiba-tiba ada wechat video call. Ingatkan umi yang call sebab sebelum tu memang banyak kali call umi sebab nak cakap dengan mia. Tengok nama, erkkk. Terkejut jugak lah! Hehehe. Ragu-ragu je nak angkat. Macam tak percaya pulak yang dia video call. Hehe

Aku screenshot jugak 5, 6 keping gambar. Mana tahu tu first and last dia video call aku ke. Hehehe. Aduhh. Sekarang rindu dia pulak. Alahai. Tak sabar nak jumpa nanti. Tak tahu lah kenapa sejak-sejak ni rindu sangat kat dia walaupun hari-hari jumpa.

Kadang-kadang terfikir macam mana hidup aku tanpa dia nanti. Tapi takpelah. Aku nak lupakan tu semua. Apa yang aku nak, enjoy hidup aku dengan dia selagi dia masih ada dengan aku. Kenapa aku sayang dia? Entahlah. Tanya sama hati.

Terima kasih Allah sebab bagi aku peluang untuk dapat rasa bahagia dengan lelaki yang aku sayang. Saya sayang awak sangat, pandalicious!

To be continued...

October 05, 2013

Dan ku tinggalkan semua ini. Dan ku melangkah pergi...

Assalamualaikum.

Akhirnya dapat bukak blog dekat phone ni. Yeahhh! Too good. Boleh lah update semua benda yang mengarut2 lagi lepas ni. Hehe.

Dan pasal tajuk tu, rasanya ada yang boleh faham kot. Aku rasa dah sampai masa untuk aku tinggalkan semua benda. Dan sekarang, aku cuma tunggu semua benda pulak yang tinggalkan aku. Hehe.

Aku harap aku takkan hilang dia sampai bila2. Yang aku ada sekarang, cuma dia. Aku pun seolah2 dah serahkan seluruh diri aku untuk dia. Jiwa dan raga aku, aku dah serahkan 100% untuk dia. Aku dah malas nak fikir ape2 lagi untuk dia.

Dan apa yang aku mampu buat, minta Allah jaga rasa hati ni. Moga sentiasa mekar untuk dia seorang untuk selamanya. Amin.

To be continued....

October 03, 2013

Meet my blog back!

Assalamualaikum.

OMG!!! Got my blog back! Aduhai.... Thanks ya Allah. Alhamdulillah. Finally, jumpa tempat melepas segala rasa ni semula :)

Terlalu banyak benda yang berlaku sekarang. Aku yang sekarang rasanya bukan yang dulu lagi. Cengeng, masih sama macam dulu. Hehehe. Tu memang dah tak boleh nak ubah lagi kot.

Dan paling penting, aku dah ada life yang jauh lebih bahagia. Walaupun bahagia, masih juga merana la kot. Hahaha. Susah.... Sebab hati ni dah mula sayangkan seseorang. Lelaki kedua yang terbaik selepas ki. Ahh! Terlalu banyak cerita kot.....

To be continued....