Assalamualaikum. Selamat petang! Hehe
Kenapa hari Isnin gap lama gila?? Haihh. Bosan lah tunggu. Hari ni nasib baik kawan2 semua tak balik lagi. Kalau tak memang forever alone la kan T.T
Bila melepak ni mulalah buat kerja-kerja tak berfaedah aku kan. Hehehe. Snap pictures!! Bukan senang nak lepak ramai-ramai sekarang. Masing-masing dah tak sama kelas. Lagi satu, rumah dorang pun dekat je. Bila gap lama sikit dorang balik rumah je. Memang forever alone!
Dah tengok-tengok balik gambar yang aku dah snap tu, tiba-tiba nampak gambar dia yang aku print screen semalam. Hehehe. Selama tiga tahun lebih kenal ni, kitorang tak pernah berwebcam kot. Dari Tagged, ke YM, ke phone. Tapi sekali pun tak pernah webcam. Yang kitorang buat, share-share gambar je. Tapi semalam, pertama kali kot webcam lepas dah tiga tahun lebih kenal. Hehehe.
Dan aku pun apa lagi, screenshot la muka dia. Hehehe. Tengah syok online tiba-tiba ada wechat video call. Ingatkan umi yang call sebab sebelum tu memang banyak kali call umi sebab nak cakap dengan mia. Tengok nama, erkkk. Terkejut jugak lah! Hehehe. Ragu-ragu je nak angkat. Macam tak percaya pulak yang dia video call. Hehe
Aku screenshot jugak 5, 6 keping gambar. Mana tahu tu first and last dia video call aku ke. Hehehe. Aduhh. Sekarang rindu dia pulak. Alahai. Tak sabar nak jumpa nanti. Tak tahu lah kenapa sejak-sejak ni rindu sangat kat dia walaupun hari-hari jumpa.
Kadang-kadang terfikir macam mana hidup aku tanpa dia nanti. Tapi takpelah. Aku nak lupakan tu semua. Apa yang aku nak, enjoy hidup aku dengan dia selagi dia masih ada dengan aku. Kenapa aku sayang dia? Entahlah. Tanya sama hati.
Terima kasih Allah sebab bagi aku peluang untuk dapat rasa bahagia dengan lelaki yang aku sayang. Saya sayang awak sangat, pandalicious!
To be continued...
No comments:
Post a Comment