Kenapa setiap benda yang aku rancang tak pernah menjadi? Kenapa setiap benda yang aku nak sangat terjadi takkan terjadi? Malang sangat kot nasib seorang syafika ni.
Rasa terlalu teruja untuk buat sesuatu dekat orang yang aku sayang, mesti akhir macam ni. Ya, aku terlalu teruja bila libatkan orang yang aku sayang. Dan rasanya kerana rasa yang terlalu teruja ni lah yang buat aku jadi macam ni.
Terlalu banyak benda yang aku nak buat untuk dia malam ni. Terlalu banyak kata2 yang aku karang dan hafal sejak semalam lagi tak sempat aku tujukan kat dia. Terlalu banyak benda aku nak buat malam ni yang tak mampu aku buat.
Takde rezeki. Ya.. Aku tak pernah ada rezeki untuk buat apa yang aku teringin sangat nak buat. Aku tak pernah ada peluang untuk bagitahu ape yang aku teringin sangat orang yang aku sayang dengar dari aku sendiri.
Dulu tak berani. Sekarang tak berpeluang. Ya... Aku tak ada rezeki untuk buat semua tu.
Kan memang dah cakap dari dulu lagi. Takkan ada siapa pun tahan dengan perangai aku. Dan betullah kata dia tadi, aku perempuan yang tak kenang budi! Yes! Perangai teruk! Siapa boleh tahan?
Takpelah... Aku takkan ada rezeki untuk buat ape2 yang aku mahu. Cukuplah. Aku dah penat. Penat merancang....
No comments:
Post a Comment